Diriwayatkan daripada
Barra’ bin ‘Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
Maksudnya: “Apabila kamu
hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk
untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. (Hr Bukhari
dan Muslim)
Hadis ini mengajar kepada
umat Islam supaya baring pada lambung kanan. Adapun tidur dengan cara yang lain
adalah seperti berikut:-
Tidur
dengan meniarap
Dr Zafir
al-Attar berkata:
“Seseorang yang tidur
meniarap di atas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan
untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang
menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut
nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh
mengganggu jantung dan otak.”
Pengkaji dari Australia
telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga
kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di
lambung kanan atau kiri.
Majalah ‘Times’ telah
menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar
kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.
Tidur meniarap adalah
dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah
s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:
Maksudnya: “Sesungguhnya
ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan
Ahmad-hasan lighairihi)
Abu Umamah r.a berkata:
Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu
baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
Maksudnya: “Bangunlah
kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka
jahannam.” (Hr Ibnu Majah)
Tidur
menelentang
Dr Zafir
al-Attar berkata:
Tidur menelentang akan
menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika
menelentang disebabkan mereganngnya rahang bawah.
Sepatut dan seeloknya
hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara
yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara.
Bernafas dengan mulut
lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga
menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya menyebabkan radang.
Tidur
mengiring ke kiri
Tidur mengiring ke kiri
pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia
lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan
mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua. Seperti
mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.
Perbandingan diantara
tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri
Kajian yang telah
menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung di
antara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala
orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi
proses yang sama.
Tidur
yang terbaik
Tidur yang terbaik adalah
dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru
kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga
akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek
di atasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut
selepas proses penghadaman.
PANDANGAN SAINTIS
Saintis-saintis telah
mendapati bahawa cara berbaring ketika tidur (sleeping postures) boleh memberi
kesan kepada kesihatan. Untuk merihatkan badan di samping menjaga kesihatan
tulang leher (cervical spine), pakar-pakar perubatan mencadangkan dua kedudukan
ketika tidur:
1. Mengiring ke lembung
dengan meluruskan tulang belakang atau
2. Menelentang di
belakang dengan muka dan badan mengadap ke atas dengan menjaga bengkokan tulang
leher.
(Intermountain Spine
Institute (1999); 'Spine Self Care') Kedua-dua cara ini akan mencegah tulang
leher daripada terseliuh (subluxation or mis-alignment of the neck). Di samping
itu, dengan berlapikkan bantal yang sesuai ketika tidur, sakit leher, sakit
belakang, tekanan saraf (pinched nerves) dan kerosakan kepada tulang belakang
(wear of vertebrae and spinal column) akan dapat dicegah. Meniarap merupakan
cara tidur yang boleh menimbulkan tekanan ke atas belakang dan leher seseorang.
Tidur begini boleh menyebabkan serangan sakit urat saraf dan otot. (Spine Self
Care; Ibid)
Kesan tidur tidak mencukupi dan cara mengatasinya
Dr. Maiken Nedergaard
iaitu ketua saintis yang menyelidik masalah tidur tidak mencukupi berkata
bahawa otak hanya memiliki tenaga yang terhad untuk dirinya di mana ia perlu
memilih untuk menjalankan salah satu dua fungsi: berjaga dan peka atau tidur
dan detoks.
Kenyataan yang menyokong
kajian tersebut boleh didapati dalam artikel berbentuk semakan berjudul Sleep
Facilitates Clearance of Metabolites from the Brain: Glymphatic Function in
Aging and Neurodegenerative Diseases seperti dilaporkan dalam jurnal
Rejuvenation Research (Disember 2013).
Secara umum, tiga jenis kesan berlaku akibat tidur tidak
mencukupi atau tidur dalam posisi yang salah. Pertama, tindak balas dan tindakan
dalam melakukan tugas menjadi perlahan. Kedua, tindakan kognitif juga terganggu
yang menyebabkan memori bercelaru, sukar memproses info dan membuat keputusan
yang tepat. Ketiga, ia menyebabkan seseorang mengalami sesuatu emosi secara
berlebih-lebihan.
Kajian sains mendapati
tidur tidak mencukupi boleh menyebabkan beberapa jenis gangguan kepada manusia
termasuk lenguh, keliru, gangguan memori, murung, pembentukan memori palsu,
halusinasi, tangan menggeletar, sakit kepala, tidak tenteram, mengalami ketumbit
(stye: kelopak mata bernanah), edema di bawah mata, tekanan darah tinggi dan
peningkatan paras hormon stres.
Selain itu, ia juga boleh
menyebabkan peningkatan risiko diabetes, peningkatan risiko fibromyalgia, mudah
meradang, mata bergerak dalam ritma pantas di luar kawalan, obesiti, sawan dan
menguap.
Tidur tidak mencukupi
juga didapati boleh menyebabkan mania (terlampau gembira dan
kepercayaan/argumen songsang - delusion) dan simptom yang terdapat pada
psikosis dan Gangguan Kurang Penumpuan Hiperaktiviti (ADHD: Attention Deficit
Hyperactivity Disorder).
Oleh itu, langkah yang
boleh diambil bagi mengatasi masalah yang di hadapi adalah mengamalkan amalan
yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW sebelum tidur seperti terdapat dalam hadis
sahih iaitu berwuduk dan membaca Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Naas dan ayat
Qursi. Baginda SAW juga membaca: Bismikallahumma ahya wa amut (Dengan nama-Mu
ya ALLAH aku hidup dan mati), dan apabila bangun tidur membaca; Alhamdulillahil
ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur (Segala puji bagi ALLAH yang
menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada ALLAH akan
bangkit)" (Riwayat Bukhari). Tidur dengan mengiring ke kanan.
Kesimpulan
Kesimpulannya. Ajaran
Nabi tentang tidur, samada yang berkaitan dengan kepentingannya, tidur
tengaharinya, cara berbaring dan lain-lainnya, adalah begitu saintifik sekali.
Kajian kontemporari telah membuktikan tentang semua ini. Ini menunjukan bahawa
ajaran Nabi adalah suatu ajaran yang seimbang yang boleh membawa manusia kepada
keunggulan.