Kini, perbuatan makan dan
minum secara berdiri ini agak biasa dan menjadi BUDAYA di kalangan masyarakat.
Tahukah anda terdapat larangan makan dan minum di dalam Islam? Terdapat
segelintir golongan dalam masyarakat tidak mengambil kisah perbuatan ini, malahan
larangan ini dipandang sepi dan dikritik oleh mereka. Islam adalah sebuah agama
yang lengkap (syumul) dalam memberikan panduan dan adab di mana ia meliputi
semua tatacara kehidupan manusia. Misalnya, adab menuntut ilmu, adab terhadap
ibubapa, perkahwinan dan begitu juga Islam telah menetapkan adab-adab ketika
minum dan makan.
Biologikal
Manusia
Perbuatan meminum sambil
berdiri akan menyebabkan proses penapisan air tidak berlaku. Keadaan ini boleh
menyebabkan penyakit kristal ginjal.
Secara klinikal, air yang
masuk dengan cara posisi duduk akan disaring oleh sfinger. SFINGER adalah suatu
struktur berotot (muscular) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh
keluar) dan menutup. Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’
penapisan yang berada di ginjal (kidney). Sekiranya pada masa tersebut kita
minum sambil berdiri maka air yang kita minum itu secara automatik akan masuk
tanpa disaring lagi. Ia akan terus menuju ke kandungan air kencing. Ketika
menuju ke kandungan air kencing itu maka terjadilah pemendapan (sedimentation)
di saluran sepanjang perjalanan (ureter). Oleh kerana terdapat sisa-sisa
makanan yang melekat pada saluran ini maka bermulalah satu penyakit kristal
ginjal (crystal kidney disease) yang sungguh berbahaya. Senario ini
menjustifikasikan hubungan-kait ureter yang sedikit demi sedikit menjadi
tersumbat tadi.
Larangan
Minum Dan Makan Secara Berdiri Menurut Perspektif Islam
Terdapat beberapa hadis
yang menerangkan perihal tegahan perbuatan minum secara berdiri yang diriwayatkan
oleh para sahabat Nabi Muhammad S.A.W. Di antara petikan hadis yang masyhor;
“Dari Anas dan Qatadah,
Rasulullah S.A.W bersabda; “Sesungguhnya beliau melarang seseorang minum sambil
berdiri, Qatadah berkata: "Bagaimana dengan makan? Beliau menjawab; “Itu
kebih buruk lagi.”
(Riwayat
: Muslim dan Turmidzi)
“Bersabda Nabi Muhammad
S.A.W dari Abu Hurairah; ”Jangan kalian minum sambil berdiri! Apabila kalian
lupa, maka hendaknya ia muntahkan!”
(Riwayat
: Muslim)
Manakala terdapat sebuah
hadis yang menceritakan perbuatan Nabi Muhammad S.A.W duduk bertongkatkan lutut
semasa makan seperti di dalam petikan hadis berikut;
“Diriwayatkan ketika
Rasulullah S.A.W di rumah Aisyah R.A. sedang makan daging yang dikeringkan di
atas talam sambil duduk bertongkatkan lutut, tiba-tiba masuk seorang perempuan
yang keji mulut melihat Rasulullah S.A.W duduk sedemikian itu lalu berkata;
“Lihatlah orang itu duduk seperti budak. Maka dijawab oleh Rasulullah S.A.W;
“Saya seorang hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan
budak.” Lalu Rasulullah S.A.W mempersilakan wanita itu untuk makan. Adapun
duduk bertelekan (bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh Rasulullah
S.A.W sebagaimana sabdanya; “Sesungguhnya Aku tidak makan secara bertelekan.”
(Riwayat
: Bukhari)
Larangan
Minum Dan Makan Secara Berdiri Menurut Perspektif Sains
Berdasarkan kepada hasil
kajian yang dijalankan oleh seorang Pakar Perubatan bernama Dr. Abdul Razzak
Al-Kailani berkaitan tindakbalas terhadap makan dan minum secara berdiri telah
merumuskan;
“Sesungguhnya makan dan
minum dalam keadaan duduk lebih baik dari segi kesihatan, lebih selamat, lebih
puas. Di mana makanan dan minuman akan melalui dinding perut dengan
perlahan-lahan. Manakala minum berdiri menyebabkan cecair akan jatuh ke dasar
perut dengan laju dan akan melanggar lapisan perut. Kalau perkara ini sering
berlaku dan dalam jangka masa panjang, ia akan menyebabkan perut menjadi
longgar dan jatuh sehingga menyebabkan minuman susah untuk dihadam. Begitu juga
dengan makanan."
Posisi secara duduk akan
membuat sistem saraf dan sistem otot dalam keadaan tenang dan menjadi aktif
serta sistem penghadaman akan bertambah kemampuan (ability) untuk menerima
makanan dan minuman
Posisi secara duduk akan
membuat sistem saraf dan sistem otot dalam keadaan tenang dan menjadi aktif
serta sistem penghadaman akan bertambah kemampuan (ability) untuk menerima
makanan dan minuman. Pandangan ini turut disokong oleh Dr. Ibrahim Ar-Rawi yang
membuat kajian terhadapsistem saraf dan sistem otot telah menerangkan;
“Apabila seseorang itu
berdiri ototnya menjadi tegang dan pada masa yang sama sistem imbangan pada
sistem saraf pusat (central nervous system) dalam keadaan terlampau aktif
mengawal semua otot, untuk melakukan proses pengimbangan dan berdiri tegak. Ia
adalah proses gabungan di antara sistem saraf dan sistem otot dalam satu masa
yang menyebabkan manusia tidak mampu mengawal kedua-duanya untuk rehat. Keadaan
otot yang rehat adalah syarat yang terpenting ketika makan dan minum dan
keadaan ini hanya wujud ketika seseorang itu duduk. Ini kerana apabila duduk
maka sistem saraf dan sistem otot dalam keadaan tenang akan menjadi aktif serta
sistem penghadaman akan bertambah kemampuan (ability) untuk menerima makanan
dan minuman. Ini akan menyerap (assimilation) makanan dengan cara yang
betul."
Kesimpulan
Para Fuqaha’ telah khilaf
dalam masalah hukum minum berdiri ini. Namun begitu, para Fuqaha’ lainnya ada
berpendapat larangan minum berdiri ini telah dimansuhkan (dihilangkan hukum)
berdasarkan hadis Ibn Abbas R.A yang berkata:
“Aku memberi
(menghulurkan) air zam-zam pada Rasulullah SAW, dan Baginda meminumnya sambil
berdiri."
Dalam sahih Bukhari,
hadis daripada Abdul Malik bin Maisarah daripada al-Nizaal, dia berkata:
“Ali bin Abi Tholib
datang ke “bab al-Ruhba” dan dia minum sambil berdiri, kemudian berkata “ada
antara kamu tidak suka orang minum sambil berdiri, dan aku melihat Baginda
S.A.W minum seperti yang aku sedang lakukan sekarang (berdiri).”
Kesimpulan yang dapat
diambil daripada perbincangan di atas memberikan penjelasan kepada kita bahawa
terdapat dua pandangan berkaitan isu ini. Pertama, jika terdapat hadis yang
melarang daripada makan dan minum sambil berdiri secara konsisten memberikan
signifikasi bahawa perbuatan makan dan minum secara berdiri adalah tidak
digalakkan. Kedua, jika terdapat hadis yang membenarkan perbuatan makan dan
minum sambil berdiri pula ia memberikan pengertian bahawa bukanlah dosa (cuma
perbuatan itu tak digalakkan). Pandapat ini disokong oleh ulamak seperti
at-Tabari, al-Khattabi dan al-Hafiz Ibn Hajar.
Air merupakan komponen
asas di dalam kehidupan manusia samada ianya berbentuk molekul sejuk atau
panas. Kewujudannya tidak dapat dipisahkan kerana ia mempunyai banyak faedah
Air merupakan komponen
asas di dalam kehidupan manusia samada ianya berbentuk molekul sejuk atau
panas. Kewujudannya tidak dapat dipisahkan kerana ia memberikan banyak faedah
kepada manusia
Akhir kalam, kedua-dua
pilihan ini (makan atau minum secara berdiri atau duduk) adalah di benarkan tanpa
larangan/ tanpa makruh (bi duun kiraha). Namun begitu, PERBUATAN MAKAN DAN
MINUM SAMBIL DUDUK ADALAH LEBIH AFDAL kerana Rasulullah S.A.W melakukannya lebih
kerap (banyak kali) berbanding perbuatan berdiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan